ANGKA jangkitan baharu Covid-19 terus menunjukkan paras membimbangkan apabila sebanyak 22,597 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikan keseluruhan kes jangkitan di Malaysia meningkat kepada 1,685,510.
Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 5,814 kes, diikuti Sabah (2,834), Sarawak (2,427), Kedah (2,162) dan Pulau Pinang (1,920).
Sebanyak 1,896 kes direkodkan di Johor, Kelantan (1,289), Kuala Lumpur (1,111), Perak (1,061), Terengganu (739), Pahang (579), Negeri Sembilan (345), Melaka (269), Perlis (98), Putrajaya (48) dan Labuan (5). — Majoriti
Berita selanjutnya menyusul...
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram