Projek sarung tangan wujud 6,000 peluang pekerjaan


  • Bizz
  • Sabtu, 28 Ogos 2021

PROJEK pembangunan Bandar Sarung Tangan Integrasi di Bidor bakal menyediakan ribuan peluang pekerjaan. — Agensi
KHABAR gembira menanti penduduk Perak terutamanya di Bidor apabila Kerajaan Negeri bakal menyediakan sehingga 6,000 peluang pekerjaan hasil daripada projek Pembangunan Bandar Sarung Tangan Integrasi di Bidor.

Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata peluang itu wujud hasil usaha sama dengan Kossan Rubber Industries Bhd dan menelan pelaburan bernilai RM1.5 bilion.

Katanya syarikat Kossan menjangkakan fasa pertama kilang sarung tangan getah ini siap dan mula beroperasi pada suku pertama 2023.

"Pihak syarikat mendapat kelulusan Kebenaran Merancang (KM) dan kelulusan pelan kejuruteraan serta Pelan Bangunan daripada Majlis Daerah Tapah.

"Kini kerja asas sudah bermula di tapak projek dan diikuti pembinaan bangunan kilang serta infrastruktur sokongan.

"Bagi memastikan perjalanan projek berjalan lancar, jawatankuasa kerja Center of Investment (COI), (COI@Glove City) ditubuhkan dengan dipengerusikan saya, manakala InvestPerak bertindak selaku urusetia," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Bidor, sarung tangan, peluang pekerjaan