ADALAH menjadi satu kewajaran dan keputusan tepat untuk mengekalkan barisan Kabinet sedia ada yang pernah berkhidmat ketika era kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Langkah itu dilihat bersesuaian memandangkan individu yang pernah berada dalam Kabinet sudah pun memiliki pengalaman terutamanya ketika usaha menamatkan pandemik Covid-19.
Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon menjelaskan kesemua bekas menteri ketika era Muhyiddin adalah individu yang terlibat dalam secara langsung dalam kesemua pelan atasi Covid-19.
Bagaimanapun, Shiau Yoon turut mencadangkan supaya Kabinet yang akan dilaksanakan nanti tidaklah terlalu besar.
"Pertukaran menteri Kabinet dilihat tidak sesuai dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini," katanya.
Dalam masa sama, Shiau Yoon juga berharap segala perancangan yang sudah diatur ketika pentadbiran sebelum ini dapat diteruskan lagi.
“Sebagai Ahli Parlimen Bebas, saya berharap Perdana Menteri baharu akan meneruskan program memerangi pandemik Covid-19, selain beberapa program yang bertujuan meningkatkan semula ekonomi rakyat.
"Semua parti politik perlu menjunjung titah Yang Dipertuan Agong supaya wujud kerjasama antara parti politik tidak kira blok kerajaan atau pembangkang," katanya. – Sinar Harian
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram