SELEPAS sejam diumum sebagai Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melakukan tugas pertamanya dengan memberi respon kepada sebuah video tular yang berlaku di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Johor.
“Assalamualaikum,” balasan ringkas Khairy kepada video tersebut.
Rabu lalu, seorang pengguna Twitter, @winraffm, memuatnaik video berdurasi lapan saat yang memaparkan seorang petugas PPV menghalang tindakannya melakukan rakaman ketika proses vaksinasi.
“Punya la happening nurse tu layan siap bagi record. Datang sorang pegawai ni tutup camera alasan KJ dah letak jawatan. Biadap. Nasib record memang saja nak bagi family je,” tulis lelaki itu.
Respon Khairy terhadap ciapan yang tular tempoh hari.
Pegawai itu memberi alasan bahawa rakaman sudah tidak dibenarkan kerana Khairy tidak lagi memegang portfolio Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Rata-rata netizen berang dengan tindakan yang dilakukan oleh pegawai tersebut dan meminta Khairy mengambil tindakan terhadapnya.
Khairy sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang membenarkan orang ramai membuat rakaman video ketika mengambil vaksin susulan pelbagai isu yang timbul seperti dakwaan dos yang diberikan tidak mencukupi dan picagari kosong. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram