GELAGAT empat remaja yang menggelupur bersembunyi selepas terlihat kereta peronda semasa sedang melepak menarik perhatian warga media sosial yang rata menyifatkan gelagat mereka sebagai lucu.
Video rakaman kamera litar tertutup yang dikongsi menerusi akaun Twitter milik Penglipur Lara itu memaparkan empat remaja yang sedang khusyuk melepak di hadapan sebuah rumah.
Mereka secara tiba-tiba terkejut selepas melihat kelibat kereta peronda polis.
Di dalam video itu, mereka dengan kelam kabut berlari menyembunyikan diri di belakang tembok pagar beranda rumah bagi mnegelak dilihat oleh pihak polis.
Adegan yang melucukan apabila mereka berlari dalam keadaan menggelupur, melompat pagar beranda kemudian menyarap dan mengengsot seperti askar.
Rata-rata pengguna meninggalkan komen lucu apabila menyifatkan tindakan mereka menggamit kenangan seperti bermain permainan polis entri.
Ada juga yang menulis komen teguran yang mengatakan bahawa sikap seperti inilah yang menyebabkan kes Covid-19 semakin meningkat.
Terdapat juga warga Twitter yang memberi komen dengan menyamakan kejadian itu berdasarkan pengalaman semasa berada di asrama mahupun sekolah.
Video berdurasi 35 saat itu menjadi tular dan ditonton oleh lebih 200,000 pengguna serta mendapat 15,000 sukaan.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram