Tular lelaki curi tabung derma kedai runcit di Kelantan


  • Tular
  • Rabu, 25 Ogos 2021

TANGKAP layar video menunjukkan suspek mencuri tabung derma ketika pekedai sedang leka.

SEORANG lelaki didapati cuba mencuri tabung derma dalam satu kejadian di sebuah kedai runcit, Kg. Baru Binjal, Kelantan.

Perbuatan lelaki itu dirakam menerusi sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan dimuat naik dalam Facebook.

Dalam video berdurasi 36 saat itu, lelaki itu pada mulanya membeli sebotol air minuman dan ketika pekedai sedang leka, suspek terus menyorokkan tabung berkenaan ke dalam bajunya lalu beredar.

Menurut seorang pengguna Mohd Arif Shukry Kecik: "Jahat aku lah, blom lagi sampai tahap dewa ni sekali...duit derma anak2 yatim tu...pok mu tak ajar cara pergi cari duit? kurang kasih sayang lah tu..jumpa depan2 aku nk sekolah kan mu."

Seorang lagi pengguna Mohd Zairi Zainuddin berseloroh: "Dia tolong simpankan tu."

Masih tidak diketahui bila kejadian tersebut berlaku. — MAJORITI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

curi, tabung