PEMIMPIN kerajaan perlu memenuhi tuntutan rakyat bagi membantu kesusahan yang dihadapi mereka sepanjang pandemik Covid-19.
Perkara itu disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memberitahu, pihaknya akan sentiasa pihaknya akan terus membuat tindakan susulan bagi memastikan semua tuntutan dipenuhi.
"Ramai yang berhubung dengan saya secara peribadi dan mengadu tentang keadaan mereka yang amat susah dan terdesak ketika ini. Rata-rata mereka adalah penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC).
"Kita akan sentiasa mengikuti perkembangan dan follow-through dengan Perdana Menteri dan Kabinet baharu berhubung tuntutan rakyat dari masa ke masa," katanya.
Sebelum ini, Pemuda UMNO bertemu Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi menjelaskan 10 tuntutan rakyat sepanjang pandemik Covid-19 pada 13 Julai lalu.
10 tuntutan itu melibatkan bantuan tambahan tunai, bantuan bakul makanan, moratorium, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan diskaun bil-bil utiliti.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, pelbagai pendekatan telah dilakukan oleh pihaknya termasuk pertemuan hampir sejam setengah dengan Menteri Kewangan sewaktu kerajaan lama Perikatan Nasional (PN).
"Kami telah mengemukakan dan menjelaskan setiap perincian tentang #TuntutanRAKYAT yang merupakan rumusan berasaskan maklum balas yang disampaikan rakyat.
“Bahkan hampir setiap hari saya follow up melalui aplikasi WhatsApp namun, ada yang tuduh kononnya saya dan Pemuda UMNO sudah senyap dan membisu mengenai #TuntutanRAKYAT," ujarnya. — Sinar Harian