KERAJAAN perlu mempertimbangkan pembukaan gimnasium dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih diperincikan sebagai salah satu kelonggaran buat mereka yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.
Perkara ini disuarakan oleh pemilik dan pengusaha pusat gimnasium yang mahu pihak kerajaan menyemak semula SOP supaya mereka boleh beroperasi semula seperti biasa.
Menurut seorang pemilik gimnasium persendirian S. Jayagobi dan Kevin Lius Silvaraju, sehingga hari ini sudah hampir sembilan bulan mereka tidak boleh beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan dan kini pemulihan yang dilaksanakan kerajaan.
Mereka yang mengendalikan beberapa cawangan francais Anytime Fitness turut menjelaskan pihaknya terpaksa menanggung perbelanjaan besar tiap bulan untuk membayar sewa, bil utiliti dan gaji pekerja meskipun tidak beroperasi.
"Kami berharap supaya kerajaan dapat mempertimbangkan pembukaan gimnasium secepat mungkin memandangkan kadar vaksinasi golongan dewasa khususnya di Lembah Klang telah mencapai 86.9 peratus.
"Pembukaan gimnasium boleh dilaksanakan dengan peraturan yang ketat iaitu dengan hanya membenarkan individu yang lengkap dua dos vaksin sahaja untuk memasuki premis. Mereka juga perlu menunjukkan bukti menerusi sijil digital di aplikasi MySejahtera," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.
Tambah mereka lagi, pihak pengusaha juga akan memastikan setiap pengunjung mematuhi arahan penjarakan sosial di samping menandakan zon selamat untuk pengguna menggunakan peralatan di gimnasium.
"Bagi memastikan aspek kebersihan dijaga, pengunjung juga akan disarankan supaya membawa tuala sendiri.
"Kami berharap supaya kerajaan dapat memberi kebenaran untuk operasi gimnasium sekurang-kurangnya bulan depan," ujarnya.— Bernama