KKM perlu jelas 4 perkara tawaran lantikan doktor tetap


  • Primer
  • Jumaat, 27 Ogos 2021

DOKTOR kontrak menyertai protes di Hospital Sungai Buloh Selangor baru-baru ini. — AZLINA ABDULLAH/The Star

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) disaran menjelaskan empat perkara bagi memastikan tawaran pelantikan tetap kepada doktor kontrak benar-benar telus.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy, antara empat perkara tersebut termasuklah KKM perlu menyatakan kriteria bagi pemilihan berkenaan dan menjelaskan faktor doktor terlatih meninggalkan perkhidmatan kerajaan.

"Seramai 15 daripada 300 doktor sudah meninggalkan perkhidmatan kerajaan. Meskipun ia cuma lima peratus daripada jumlah jawatan yang ditawarkan, kita perlu beri tumpuan perkara ini.

"Kenapa seseorang yang belajar selama lima hingga enam tahun, meletak jawatan dalam jangka masa pendek? Apa kekurangan sistem?

"MMA juga memohon penjelasan mengapa doktor ini menolak tawaran? Adakah ia disebabkan logistik dan apa jadi dengan 100 jawatan yang sudah ditolak ini? Adakah ia ditawarkan kepada doktor dari kohort yang sama," katanya.

​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ Solve the problem: Dr Subramaniam says the issue of contract doctors has been an ongoing problem for five years.

Subramaniam mengulas tentang tindakan doktor kontrak menolak tawaran lantikan tetap KKM.

Bagaimanapun ujar Subramaniam, pegawai perubatan yang ditawarkan pelantikan tetap, perlu mempertimbangkan tawaran tersebut sebagai perkhidmatan kepada negara.

Jelasnya, jika lantikan ke jawatan tetap yang menjadi isu utama doktor kontrak ketika ini, maka seharusnya mereka menerima tawaran terbabit.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan 100 pegawai perubatan yang menolak pelantikan tetap oleh KKM untuk ditempatkan di Sabah dan Sarawak.

"Namun, mereka juga seharusnya dibenarkan untuk memohon penempatan ke lokasi pilihan, selepas pandemik Covid-19 terkawal, bergantung pada kekosongan tempat," ujar beliau lagi.

Terdahulu, Gerakan Hartal Doktor Kontrak menjelaskan tindakan pegawai perubatan menolak tawaran tersebut bukan disebabkan isu lokasi penempatan.

Gerakan berkenaan mempersoalkan tindakan KKM yang hanya menawarkan lokasi penempatan di Sabah dan Sarawak meskipun isu kekurangan doktor berlaku di seluruh negara. — Berita Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram