"Kalau ingin dikecam, pergilah..." - Rooney tak percaya Ronaldo akan ke Man.City


  • Podium
  • Jumaat, 27 Ogos 2021

ROONEY tidak percaya Ronaldo sanggup mengkhianati Man.United jika menyertai musuh setempat, Man. City. — Agensi

BEKAS bintang Manchester United, Wayne Rooney yakin bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo tidak akan menyertai kelab Manchester City dan menganggap khabar angin yang tersebar kini hanyalah spekulasi untuk menghangatkan jendela perpindahan kali ini.

Menurut Rooney, bintang Portugal itu tidak akan menyertai skuad The Citizens yang juga menjadi antara seteru dan juga musuh setempat (derby) Man.United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak dahulu.

Malah katanya, laporan berita yang mengatakan bintang Portugal itu hampir menyertai City hari ini juga lebih dilihat sebagai spekulasi bagi menghangatkan lagi jendela perpindahan kali ini.

“Saya tidak melihat dia (Ronaldo) akan menyertai City, tetapi ia adalah bola sepak dan kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku.

"Lagipun, dari segi kewangan lebih baik dia menyertai Paris Saint-Germain (PSG).

“Selain itu, dah hampir sedekad Ronaldo tidak beraksi di EPL, jadi saya percaya dia berhak untuk membuat keputusan dengan mengambil kira kepentingan dirinya serta keluarganya,” katanya.

Untuk rekod, Ronaldo menyarung jersi The Red Devils sejak musim 2003 hingga 2009 lalu sebelum berhijrah ke Real Madrid dan Juventus.

Tambah Rooney, Ronaldo juga memiliki legasi yang baik di Man.United dan sudah semestinya sukar untuknya beraksi dengan pasukan lain di EPL.

Malah katanya, tindakan Ronaldo menyertai pasukan lain juga pastinya turut mengundang pelbagai kecaman daripada penyokong skuad The Red Devils itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram