Kabinet baharu: Rakyat Malaysia banjiri media sosial dengan meme menghiburkan


  • Tular
  • Jumaat, 27 Ogos 2021

RAKYAT Malaysia mula membanjiri media sosial dengan pelbagai meme yang menghiburkan dan penuh dengan mesej tersirat. — Majoriti

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai senarai barisan Kabinet baharu hari ini mendapat reaksi berbeza pelbagai pihak.

Ada yang gembira dengan senarai Jemaah Menteri yang dilantik, namun ada juga yang meluahkan kecewaaan mereka.

Terkenal dengan kreativiti juga lawak sinis mereka, segelintir rakyat Malaysia mula membanjiri media sosial dengan pelbagai meme yang bukan sahaja menghiburkan bahkan penuh dengan mesej-mesej tersirat.

Antara yang paling menjadi perhatian adalah meme 'Keluarga 69'.

Keluarga 69 merupakan sebuah filem Melayu klasik komedi yang menceritakan mengenai keluarga yang cacamarba arahan Allahyarham tan Sri P. Ramlee.

"Tunggang terbalik, orang yang sama!," tulis salah satu meme yang tular.

WhatsApp Image 2021-08-27 at 5.23.11 PM (2)

Antara meme yang tular di media sosial.

Satu lagi meme yang menjadi perhatian netizen menunjukkan gambar dua buah almari dengan hanya perhiasannya diatasnya yang disusun dengan cara berbeza.

Ini merujuk kepada perubahan minimal dalam senarai kabinet Ismail Sabri jika dibandingkan dengan barisan Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

WhatsApp Image 2021-08-27 at 5.23.26 PM (1)

Orang Malaysia memilih untuk menyampaikan pandangan mereka dengan menghasilkan karya meme.

Ada juga yang memilih untuk menggunakan meme bagi mengkritik pilihan Ismail Sabri kali ini.

"Orang yang tak betul sahaja guna kabinet lama dan mengharapkan keajaiban," tulisnya dengan gambar sebuah almari lama yang bersawang.

WhatsApp Image 2021-08-27 at 5.23.11 PM

Ada juga yang menggunakan meme untuk mengkritik barisan kabinet pilihan Ismail Sabri.

Selain ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri, satu lagi perkara yang mencuri tumpuan kali ini adalah pemilihan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Menteri Kesihatan.

Rata-rata netizen bagaimanapun kelihatan gembira dengan ramai yang mengucapkan tahniah kepada beliau yang sebelum ini memegang portfolio Sains, Teknologi dan Inovasi. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram