"Dia ingat OKU nak main gelongsor ke?"


  • Tular
  • Khamis, 26 Ogos 2021

LALUAN yang curam boleh menyebabkan risiko tinggi kepada golongan OKU. — Facebook

SEORANG pengguna Facebook meluahkan kemarahan terhadap pembinaan laluan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikatakan tidak sesuai digunakan golongan tersebut.

Menurut perkongsian oleh Aizat Ashraff II, dia menyalahkan jurutera yang menguruskan rekaan laluan terbabit.

"Laluan OKU buat macam ini??...Agak2 laa woii..Entah siapa la engineer yang reka laluan ini ye.. Dia ingat OKU tu nak main gelongsor kot," ujar Aizat.

Perkongsian berkenaan turut mendapat reaksi yang mengecam pembinaan laluan itu.

Ujar seorang pengguna Ziah Aziz: "Curam sgt boleh terbalik."

Seorang lagi pengguna Hatijah Md Amin berkata: "Ni kalau OKU yang lalu, bukan turun ke bawah, silap hari bulan jatuh tersungkur terus meninggal....engineer pakai sijil palsu ke tu...mungkin juga."

Bagaimanapun, lokasi sebenar laluan OKU tersebut tidak diketahui.

Sewajarnya, pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil kira aspek keselamatan orang ramai sebelum membina sesuatu dan bukannya sekadar tangkap muat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Laluan OKU, Aizat Ashraff, Facebook