GOLONGAN antivaksin didakwa menawarkan sehingga RM1,000 kepada klinik swasta dan pengamal perubatan untuk memalsukan status vaksinasi mereka.
Perkara itu didedahkan oleh Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia, Dr. Steven Chow.
Menurut Chow, ahli persatuan itu menerima panggilan telefon daripada golongan berkenaan yang meminta untuk memalsukan sijil vaksinasi dengan tawaran sehingga RM1,000 setiap sijil.
"Mereka tidak semestinya antivaksin. Mereka berkemungkinan golongan yang perlu melakukan perjalanan dengan segera.
"Kos vaksinasi pembayaran sendiri tanpa subsidi di klinik swasta adalah RM350 dan menawarkan RM1,000 untuk dokumen palsu adalah mencurigakan. Pihak berkuasa harus menyiasat dan bertindak segera," katanya kepada The Star.
Tegas Chow, sebarang dokumen atau sijil yang ditandatangani oleh pengamal perubatan berdaftar mempunyai tanggungjawab undang-undang yang serius.
"Nasihat kami kepada doktor supaya tidak bersubahat. Cara terbaik adalah tolak tawaran mereka serta-merta. Mereka sebenarnya boleh menjadi agen provokasi untuk memerangkap doktor yang tidak curiga.
"Setiap orang harus melakukan vaksinasi melalui saluran yang tepat untuk melindungi diri mereka sendiri," jelasnya.
Tambah Chow, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) harus mengembalikan kepercayaan terhadap program vaksinasi nasional sambil menambah bahawa isu sijil palsu hanya akan memburukkan lagi masalah defisit kepercayaan.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd., Dr. Anas Alam Faizli turut mendedahkan terdapat kes terpencil di mana golongan anti vaksin pergi ke pusat vaksinasi (PPV) tetapi enggan disuntik.
"Mereka hanya mahu direkodkan telah menerima vaksinasi. PPV adalah tempat pemberian vaksin, bukan tempat pemalsuan dokumen. Sikap seperti itu tidak akan dilayan," ujar beliau. — THE STAR