
SEORANG lelaki cedera parah selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah stesen minyak luar negara baru-baru ini, percayai di benua Afrika.
Menerusi video yang tular di media sosial sejak Rabu, berlaku situasi tegang antara mangsa dan seorang lelaki.
Dalam video sama, kedua-dua lelaki tersebut dilihat bergaduh dan melibas antara satu sama lain dengan menggunakan parang.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis berkas 'Baby', pembunuh upahan paling berbahaya Colombia
Akibat daripada pergaduhan itu, seorang daripadanya kehilangan pergelangan tangan kiri.
Mangsa kemudiannya dilihat tenang mengambil sebelah tangannya yang terputus di atas jalan sebelum berlalu pergi.
Punca kejadian bagaimanapun belum dapat dipastikan setakat ini.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram