'Jangan gembira sangat', HM diingat jangan puas hati, banyak perlu diperbaiki


  • Podium
  • Rabu, 11 Dis 2024

Sebahagian aksi menarik ketika pemain Harimau Malaya, Sergio Aguero (dua kiri) cuba merebut bola daripada pihak lawan. — Facebook/FAM

HARIMAU Malaya menarik nafas lega selepas berhasil meraih tiga mata penuh aksi bertemu Timor Leste dalam Kumpulan A saingan Piala Asean 2024 (Piala AFF) pada Rabu.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu menyaksikan kedua-dua pasukan seimbang dalam melakukan gerakan serangan ke pintu gawang lawan.

Bagaimanapun, skuad kebangsaan mengalami kejutan selepas 45 minit apabila pasukan pelawat mencetak dua gol pada masa kecederaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Natxo Insa mohon maaf, 'koyak' lepas JDT tewas kepada 14 pemain Shandong

BACA LAGI: Kelab Arab Saudi, PSG dipetik destinasi baharu Rashford andai dilepaskan Man United

Meskipun Malaysia mendahului menerusi Syafiq Ahmad minit ke-38, namun gawang Harimau Malaya dibolosi pada masa kecederaan apabila Olagar Xavier menampan masuk hantaran Joao Pedro.

Pedro sekali lagi menjadi nadi Timor Leste apabila dia menjaringkan gol peribadi selepas menumpaskan Kalamullah Al-Hafiz yang gagal menepis percubaannya.

WhatsApp Image 2024-12-11 at 23.09.12

Paulo Josue (tengah) membantu Harimau Malaya mencetak dua gol aksi bertemu Timor Leste. — Facebook/FAM

Bersambung babak kedua, Malaysia bermula garang apabila tonggak tengah Harimau Malaya, Paulo Josue berjaya mencetak gol penyamaan pada minit ke-70.

Masih mahu memberi cabaran kepada pihak lawan, Malaysia terus bangkit untuk meraih keputusan positif di laman sendiri dengan melancarkan serangan demi serangan ke kubu lawan.

Usaha itu berhasil apabila gol ketiga hadir menerusi Josue pada minit ke-83 dan keputusan 3-2 kekal sehingga penghujung perlawanan yang menyaksikan Malaysia meraih kemenangan di gelanggang keramat Harimau Malaya.

Meksipun meraih kemenangan berharga itu, ramai penyokong tanah air memberi pesanan kepada skuad kebangsaan agar tidak cepat berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

"Kalau menang pun bukan tak nak bangga tapi banyak sangat Malaysia punya taktikal perlu diperbaiki lagi, sangat-sangat kecewa dengan corak permainan Malaysia untuk perlawanan kedua ini," kata Mohd Mukmin.

"Tahniah Malaysia, satu permainan yang menakutkan, nasib baik menang juga, banyak yang perlu diperbaiki," kata Nadarajan Veloo.

"Alhamdullilah, menang tapi tak tahu nak gembira ke tak, bukan sebab keputusan tapi sebab control game itu, dengan Timor Leste pun struggle nak menang," kata Haikal Zaidi.

Selepas ini, Malaysia akan berdepan tugas berat apabila dijadual bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Thailand pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram