
WARGANET sebak menyaksikan momen menyentuh hati apabila seorang pelajar gigih menjemput bapanya yang diklasifikasikan sebagai kurang upaya (OKU) untuk naik ke atas pentas bagi menerima penghargaan bersama-sama.
Rakaman video itu dipercayai berlaku sekitar 22 Mei lepas sebelum kembali tular sejak Ahad.
Difahamkan, pelajar itu, Rizal dinobatkan sebagai pelajar terbaik di sebuah sekolah di Sulawesi, Indonesia.
Tidak mahu kejayaan itu diraihnya seorang diri, Rizal menjemput bapanya ke atas pentas untuk berkongsi detik berharga itu.
Menerusi rakaman yang tular di media sosial, Rizal dilihat dengan penuh kasih sayang berjalan di belakang bapanya.
Rizal yang sama sekali tidak malu dengan keadaan fizikal bapanya itu bertindak memapah bapanya sepanjang perjalanan mereka ke atas pentas.
Meskipun sukar untuk berjalan menggunakan sebelah kaki, bapa Rizal tetap gigih berjalan untuk mendukung kejayaan anaknya itu sambil mengusap air mata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bangga apabila melihat pelajar lelaki itu tidak melupakan pengorbanan bapanya ketika menerima kejayaan.
"Semoga kelak kau jadi anak yg sukses yg bisa membanggakan orang tuamu," kata Funnie.
"Ya ALLAH aku menangis melihat ini, bapa dan anak sama-sama hebat," tulis Neyza.
"Tak kuat tengok benda macam ini," tulis Lunetfe. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram