[VIDEO] Tiga terkorban helikopter terhempas ketika ke pelantar minyak di persisir pantai Nigeria


  • Benua
  • Jumaat, 25 Okt 2024

Helikopter Sikorsky SK76 terhempas di Nigeria sewaktu dalam perjalanan ke kemudahan pengeluaran minyak luar pesisir pada Khamis.

SEKURANG-KURANGNYA tiga orang maut apabila sebuah helikopter terhempas sewaktu dalam perjalanan ke kemudahan pengeluaran minyak luar pesisir di Nigeria pada Khamis.

Syarikat minyak, Nigerian National Petroleum Corporation (NNPC) berkata, helikopter yang dikendalikan oleh East Winds Aviation itu terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Port Harcourt ke kemudahan pengeluaran minyak Antan Floating Production Storage and Offloading (FPSO).

Helikopter itu dilaporkan membawa lapan orang termasuk enam penumpang dan dua anak kapal.

BACA LAGI: [VIDEO] Buku teks Sejarah dijadikan komik, Azrin Ahmad bijak tarik minat pelajar dapat 'result' cemerlang

BACA LAGI: Pernah hampir lemas, jurufoto wanita bertahun-tahun elak laut angkara fobia sebelum kembali mencipta nama

Dalam pada itu, jurucakap NNPC, Olufemi Soneye menjelaskan bahawa pihak berkuasa penerbangan sedang menyiasat punca kejadian selain usaha mencari dan menyelamatkan mangsa giat dilaksanakan.

Jurucakap kementerian penerbangan Nigeria, Odutayo Oluseyi berkata, helikopter Sikorsky SK76 tersebut terhempas ke dalam perairan berhampiran Bonny Finima di Lautan Atlantik.

"Walaupun tiada isyarat pemancar pengesan kecemasan diterima, usaha manual untuk mengesan lokasi nahas sedang dijalankan.

"Semua sumber yang ada termasuk pihak tentera dan pesawat terbang rendah dikerahkan untuk membantu dalam usaha mencari serta menyelamatkan mangsa," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram