[VIDEO] Pelancong ketakutan, 24 terbunuh Taufan Yagi ‘hentam’ utara Vietnam


  • Benua
  • Isnin, 09 Sep 2024

Taufan Yagi yang menghentam utara Vietnam menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakal 299 lagi individu disahkan tercedera pada Ahad.

LEBIH 20 bot pelancong di tapak warisan dunia UNESCO Ha Long Bay tenggelam akibat Taufan Yagi yang melanda di utara Vietnam pada Sabtu sehingga menyebabkan hotel dan industri pelancongan mengalami kerugian.

Pelabuhan Tuan Chau, yang terbentang di kawasan seluas lebih 1.7 juta meter persegi dengan kemuatan menampung lebih 2,000 kapal merupakan salah satu daripada tiga pelabuhan yang menerima pelancong untuk bergerak ke kawasan Teluk Ha Long.

Banyak pengendali pelayaran yang menawarkan penginapan di Teluk Lan Ha juga berpangkalan di situ.

z5809092612844-c1a79ffaba3070e-9922-1716-1725781463

Antaranya, pemilik perniagaan, Duy Anh, yang memiliki lima kapal pelancong yang beroperasi di Teluk Lan Ha menganggarkan kerugian syarikatnya sekitar VND5 bilion (MYR 955,000).

"Nasib baik tiada bot karam, tetapi jeti, bilik menunggu, gudang dan kemudahan rosak teruk," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Lux Group, Pham Ha yang menawarkan pelayaran mewah di Teluk Ha Long dan Lan Ha mendedahkan bahawa dua bot syarikatnya telah karam dan perlu diselamatkan untuk dibaiki.

Di Ha Long, banyak hotel mengalami kerosakan teruk sehingga terpaksa menampung kerugian besar.

Antaranya, Novotel Ha Long Hotel, melaporkan kerosakan pada infrastruktur termasuk pintu kaca yang pecah.

Selain itu, Hotel Diamond yang terletak di Ha Long juga mengalami kerosakan teruk dengan pintu kaca pecah disebabkan angin kencang.

Tetamu yang menginap lama di Hotel Best Western Premier Sapphire Halong, Hannah McEvoy menyifatkan bawaan angin ribut yang melanda pada Sabtu sebagai perkara yang menakutkan.

"Bangunan itu bergegar kerana angin kencang," katanya.

Bagaimanapun, kakitangan hotel memindahkan dia dan tetamu lain yang berada di tingkat atas ke tingkat bawah.

Apabila dia kembali ke biliknya pada pagi Ahad, dia melihat lantai sekitar biliknya basah, terdapat kaca yang pecah dan pokok tumbang di sekitar hotel.

WhatsApp Image 2024-09-09 at 12.01.40 PM

Orang ramai menyelamatkan diri daripada Taufan Yagi.

Quan Lan, destinasi pantai popular di Quang Ninh turut mengalami kerosakan.

Phuong Nam, pemilik sebuah hotel di pulau itu berkata, walaupun tiada kerosakan yang ketara pada perniagaannya, namun, bumbung hotel diterbangkan angin sehingga mengakibatkan lima tingkat dinaiki air.

Beliau berasa ragu untuk membuka semula hotel dalam minggu ini kerana masalah bekalan elektrik dan kerosakan kemudahan pelancongan.

Seorang lagi pengusaha kedai makan dan motel, Vu Van Khanh berkata, rumahnya hampir musnah dan menganggarkan kerugiannya melebihi VND3 bilion (MYR 573,000).

Untuk rekod, Taufan Yagi yang menghentam utara Vietnam menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 299 lagi individu disahkan tercedera pada Ahad. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram