Disyaki guna ilmu hitam, bomoh bunuh anak jiran, buang mayat dalam pam air belakang rumah


  • Benua
  • Ahad, 02 Jun 2024

Ghoziyah Hafizah mati dibunuh oleh jirannya sebelum dibalut ke dalam sebuah guni lalu dibuang ke dalam sebuah lubang pam air di Ciketing Udik, Kecamatan Bantar Gebang, Kota Bekasi, Indonesia pada Ahad. 

SEORANG kanak-kanak perempuan mati dibunuh oleh jiran sebelum mayatnya dibalut dan dimasukkan dalam guni lalu.

Lebih menyedihkan, mayat budak itu dibuang ke dalam sebuah lubang pam air di Ciketing Udik, Kecamatan Bantar Gebang, Kota Bekasi, Indonesia pada Ahad.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Kota Bekasi, Penolong Pesuruhjaya Polis Muhammad Firdaus mendedahkan perkara itu ketika menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Firdaus berkata, selain menekupnya dengan menggunakan bantal, suspek berusia 61 tahun itu turut mencekik leher mangsa dikenali sebagai Ghoziyah Hafizah sehingga mati.

WhatsApp Image 2024-06-02 at 9.20.52 PM

Ghoziyah Hafizah dilaporkan hilang sejak Jumaat sebelum ditemukan mati pada Ahad.

"Mangsa ditekup dengan bantal dan turut dicekik sampai meninggal," kata Firdaus pada Ahad.

Lebih memilukan, Firdaus berkata, selepas meninggal dunia, mayat Ghoziyah Hafizah dibungkus dalam guni seberat 50 kg kemudian dimasukkan ke dalam lubang pam air sedalam 2.5 meter.

"Mangsa berusia sembilan tahun itu ditemukan di belakang rumah jirannya sewaktu gali tanah sedalam 2.5 meter," katanya sambil memberitahu, terdapat dakwaan suspek mengamalkan ilmu hitam berdasarkan penemuan amalan bomoh di rumahnya.

Sebelum ini, ibu bapa Ghoziyah Hafizah melaporkan berita mengenai kehilangan anaknya itu sejak Jumaat.

"Kali terakhir waktu itu mangsa dilihat berhampiran rumah suspek iaitu terletak 700 meter dari rumah mangsa.

"Ibu bapa mangsa juga berasa curiga kerana pelaku sering memberi wang kepada Ghoziyah Hafizah," katanya.

photo1717334893

Ghoziyah ditemui mati di rumah jirannya.

Firdaus berkata, perkara ini menyebabkan penduduk kampung menyerbu rumah suspek sehingga menemui mayat mangsa dalam pam air yang terletak di belakang rumahnya.

Namun, Firdaus tidak dapat mengesahkan sama ada wujud keganasan seksual sebelum pelaku membunuh mangsa.

Ini kerana, mayat mangsa masih berada dalam proses bedah siasat di Hospital Polis Kramat Jati, Indonesia.

Bagaimanapun, polis berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian.

"Mangsa memakai baju dan seluar. Perkara ini masih dalam siasatan kami," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram