
KETIKA melakukan kegiatan menyamun, penjenayah pastinya sentiasa memikirkan 1,001 cara bagi menakutkan mangsa dan seterusnya memudahkan mereka untuk merampas barangan bernilai yang disasarkan.
Antara taktik yang dipakai termasuk menggunakan senjata.
Ini kerana mangsa kebiasaannya akan terus menyerah sebaik saja mereka melihat penjenayah terbabit memiliki sebarang senjata.
Bagaimanapun dalam satu kejadian rompakan yang tular di sosial media baru-baru ini, kelicikan dua orang penyamun yang berlakon seolah-olah memiliki senjata api dilihat gagal menakutkan mangsa.
Malah, kedua-dua penyamun yang menaiki motosikal itu dilihat kemudiannya terus melarikan diri sebaik menyedari muslihat mereka berjaya dikesan.
Berdasarkan klip berdurasi 18 saat, kedua-dua penyamun terbabit pada awalnya didapati cuba menyamun sebuah motosikal yang sedang ditunggang oleh seorang lelaki.
Kejadian yang dirakam itu juga berlaku betul-betul di hadapan sebuah bas yang sedang berhenti.
⏯️ “Bandidos trapalhões” se assustam com buzinas e tapa de vítima.
Dois homens tentaram assaltar um motociclista em uma avenida de Santos, no litoral paulista; desarmados, eles fogem após reação da vítima.
Leia: https://t.co/IUYaXbNnUz pic.twitter.com/FFnXCNTcek
— Metrópoles (@Metropoles) December 19, 2023
Bagaimanapun, usaha kedua-dua penyamun terbabit dilihat mengalami kesukaran selepas mangsa bertindak menghalang daripada motosikalnya diambil.
Ekoran daripada itu, salah seorang daripadanya didapati berlakon seolah-olah sedang cuba mengeluarkan pistol daripada dalam poket hadapan seluarnya meskipun dia langsung tidak mempunyai sebarang senjata api.
Seterusnya, penunggang motosikal berkenaan juga dilihat sempat menampar muka salah seorang daripada penyamun terbabit.
Pada masa sama, pemandu bas tersebut yang menyaksikan kejadian tersebut didengar berulang kali membunyikan hon yang cukup kuat.
Akibat daripada situasi itu, kedua-dua penyamun terbabit yang dilihat terus berkenaan segera melarikan diri dan bergerak meninggalkan lokasi.
Kejadian tersebut difahamkan berlaku di bandar raya São Paulo, Brazil.
Bagaimanapun, hasil carian Majoriti mendapati kes tersebut berkemungkinan adalah kejadian lama yang ditularkan semula dengan video terbabit dipercayai sudah dimuat naik di media sosial sejak Mac 2020. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram