[VIDEO] Asyik karaoke lagu dangdut, mikrofon tiba-tiba meletup disambar petir


  • Benua
  • Jumaat, 29 Dis 2023

Tangkap layar kejadian mikrofon meletup ketika karaoke bersama rakan yang dipercayai terjadi di Indonesia.

SATU tragedi menimpa seorang lelaki apabila mikrofon yang digunakan ketika karaoke secara tiba-tiba meletup dalam kejadian di Indonesia.

Rakaman yang dimuat naik menerusi media sosial menunjukkan seorang lelaki yang mengenakan jaket hitam sedang asyik menyanyi lagu dangdut bersama rakannya.

Selang beberapa saat, peristiwa mengejutkan berlaku apabila mikrofon yang digunakan meledak sehingga mengeluarkan percikan api dari kabel mikrofon yang berada di genggaman tangannya.

Turut dilihat, rakan mangsa panik melihat mangsa terpelanting jatuh ke bawah dalam keadaan kesakitan.

Dalam pada itu, rakan lelaki berkenaan bergegas mencari fius elektrik untuk memutuskan litar.

Difahamkan, kejadian berlaku berpunca daripada sambaran petir yang menyebabkan arus kilat mengalir melalui objek yang disambar iaitu mikrofon.

Tidak dapat dinafikan, daya tolakan elektrostatik yang dihasilkan ketika sambaran petir sememangnya mempunyai kesan pemusnahan yang hebat.

Sementara itu, semakan Majoriti mendapati video tersebut adalah video lama yang kembali tular.

Difahamkan, kejadian yang mengejutkan rata-rata netizen itu berlaku pada 30 Mac 2021. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram