SEORANG YouTuber tidak serik untuk menguji senjata berbahaya walaupun baru pulih akibat kejadian letupan pelancar roket RPG-7 yang dialaminya pada bulan lepas.
Adam Knowles yang juga merupakan veteran tentera Amerika Syarikat (AS), mengalami kejadian ngeri itu ketika sesi penggambaran saluran YouTube, Balistik Berkelajuan Tinggi yang dikendalikannya.
Dalam rakaman itu, penggunaan RPG-7 tidak berjalan seperti yang dirancang apabila sebahagian daripada roket meletup serta-merta sehingga Knowles tersungkur ke bawah dan pengsan selepas beberapa saat.
Kejadian itu mengakibatkan Knowles mengalami patah pada bahagian rahang, tengkorak, badannya cedera dengan serpihan dan melecur tahap ketiga.
Bil perubatannya sejak kejadian turut semakin meningkat sehingga mencecah $300,000 (bersamaan RM1.4 juta) kerana mengambil rawatan multiple skin grafts, jahitan dan pembedahan lain.
Kini, veteran Tentera AS itu kembali pulih dan menonton rakaman itu buat kali pertama selain mengenangkan kembali situasi yang terjadi.
Meskipun keadaannya kini semakin baik, dia masih memerlukan beberapa bulan untuk pulih dan kembali normal selepas letupan itu.
Walaupun telah mengalami kecederaan akibat senjata itu, Knowles tetap komited untuk terus menghasilkan video terbaharu menerusi saluran YouTube Kelajuan Tinggi Balistik.
Insiden itu nampaknya tidak menghalangnya daripada mencipta lebih banyak kandungan pada masa hadapan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram