[VIDEO] Ceroboh perairan, Pengawal Pantai China guna meriam air usir kapal Filipina


  • Benua
  • Ahad, 10 Dis 2023

Tangkap layar video memaparkan pancutan meriam air daripada kapal Pengawal Pantai China yang didakwa menghalang aktiviti menghantar bekalan kepada nelayan Filipina.

TENTERA Filipina mengecam tindakan kapal Pengawal Pantai China yang menggunakan meriam air untuk menghalang tiga kapal kerajaan ketika menghantar bekalan kepada nelayan Filipina berhampiran terumbu di luar pantainya.

Menerusi video yang tular di media sosial sejak Sabtu itu, kapal Pengawal Pantai China dilihat menembak meriam air ke kapal Biro Perikanan dan Sumber Akuatik Filipina (BFAR) dan memukulnya dengan letupan air yang kuat.

Konfrontasi tegang pada Sabtu itu dilaporkan berlaku berhampiran Scarborough Shoal juga merupakan cetusan terbaharu dalam konflik wilayah melibatkan China, Filipina, Vietnam, Malaysia, Taiwan dan Brunei.

Scarborough Shoal terletak 240 kilometer (150 batu) di barat pulau utama Luzon di Filipina dan hampir 900 kilometer dari kawasan daratan China yang paling hampir di Hainan.

Angkatan Tentera Filipina berkata, tindakan kapal China itu adalah dengan tidak menghiraukan keselamatan orang di atasnya bot yang disewa tentera laut Filipina dan melanggar undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut 1982.

"Tindakan keterlaluan dan ofensif terhadap kapal Filipina menghalang salah satu daripada dua botnya daripada memunggah bekalan yang diperlukan oleh tentera Filipina yang mengawal benteng di atas kapal lama, BRP Sierra Madre," katanya.

Sierra Madre ialah kapal era Perang Dunia II yang berkarat dan sengaja diletakkan di beting itu pada tahun 1999 untuk menguatkan tuntutan Filipina terhadap kawasan berkenaan.

photo_6316538944472332681_x

Kapal Sierra Madre yang dinyatakan. — Agensi

Dalam pada itu, pasukan Petugas Kebangsaan Laut Filipina Barat dalam satu kenyataan berkata, kapal Pengawal Pantai China telah menggunakan meriam air untuk menghalang kapal kerajaan daripada menghantar bahan api dan bekalan makanan kepada bot nelayan.

Pada masa sama, pasukan Petugas Pelbagai Agensi berkata, ia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan haram dan agresif yang dilakukan oleh Pengawal Pantai China dan Militia Maritim China.

Bagaimanapun, media China dilaporkan berkata, Pengawal Pantai negara itu telah menggunakan langkah kawalan mengikut undang-undang terhadap kapal Filipina yang telah menceroboh ke dalam perairan sekitar itu.

Ia susulan daripada tindakan China yang merampas kawalan Scarborough Shoal dari Filipina pada 2012 berikutan kebuntuan yang tegang.

Sementara itu, Setiausaha Luar Filipina, Enrique Manalo dilaporkan bertemu dengan Duta Besar China Huang Xilian untuk menyatakan bantahan berhubung insiden itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram