TULAR satu kejadian tiga penjenayah menikam seorang lelaki dan membaling batu ke arah mangsa di kawasan Adarsh Nagar, Delhi, India pada Sabtu.
Susulan kejadian, Timbalan Pesuruhjaya Polis Delhi, Jitendra Meena B berkata, pihaknya belum menerima sebarang aduan yang berkait insiden itu.
Namun, Jitendra berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung insiden ngeri itu.
"Kami sedang siasat dan dalam proses mengenal pasti mangsa," katanya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju hitam dikejar oleh tiga orang penjenayah.
Turut dilihat, salah seorang suspek memegang pisau manakala seorang lagi memegang batu yang dibaling ke arah mangsa.
Video itu menunjukkan suspek terjatuh ke bawah selepas cuba melarikan diri daripada pelaku.
Hal itu menyebabkan ketiga-tiga suspek yang mengejarnya dari arah belakang mulai bertindak membelasahnya dengan kejam.
Lebih malang, seorang daripada mereka menikamnya berkali-kali dan seorang lagi dilihat membaling batu terhadap mangsa.
Kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa lelaki yang melalui kawasan berkenaan.
Malah, terdapat seorang wanita yang keluar dari rumahnya untuk menyelamatkan mangsa sebelum penjenayah melarikan diri meninggalkan mangsa yang cedera parah.
Identiti dan keadaan terkini mangsa begitupun belum diketahui kerana dilaporkan masih belum mendapatkan rawatan di hospital. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram