KUMPULAN rock, Pink Floyd tetap meneruskan konsertnya di Uruguay walaupun dia diboikot untuk membuat persembahan di Montevideo pada Selasa.
Dalam konsert itu, vokalis kumpulan tersebut, Roger Waters, 79, dilihat memakai keffiyeh di lehernya simbolik kepada sokongan kepada Palestin serta menyokong untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza.
Malah pada konsert berkenaan juga turut memaparkan gambar beberapa mangsa yang meninggal dunia di Gaza dan memaparkan slogan 'Stop the Genocide' (Hentikan pembunuhan beramai-ramai) di skrin besar venue berkenaan.
Untuk rekod, keffiyeh adalah simbol nasionalisme Palestin.
Sebelum ini, media antarabangsa, AFP melaporkan hotel di Argentina dan Uruguay menolak tempahan penginapan kumpulan tersebut kerana Waters merupakan seorang aktivis pro-Palestin terkenal yang dituduh berpandangan anti-Yahudi.
Terdahulu, Waters meluahkan rasa berang dengan situasi tersebut.
"Saya tidak mempunyai tempat tinggal di Bandar Montevideo dan saya perlu terbang ke sana terus pada hari pertunjukan.
"Penyokong Israel ini berjaya menghasut pemilik hotel di Buenos Aires dan Montevideo untuk tidak menerima tempahan dari saya," katanya yang turut mengeluh kerana tidak dapat meneruskan perancangan makan malam bersama rakannya, bekas presiden Uruguay José 'Pepe' Mujica pada hari Khamis.
Sebelum kedatangan kumpulan rock tersebut, Presiden Jawatankuasa Israel Pusat Uruguay, Roby Schindler, dan NGO Yahudi B'Nai B'Rith di Uruguay, Franklin Rosenfeld, berkata menyifatkan Waters sebagai seorang 'penyebar' kebencian anti-Yahudi, dalam surat yang ditujukan kepada Sofitel Montevideo yang diterbitkan di rangkaian sosial X (Twitter).
Difahamkan, Waters, bakal membuat persembahan di Brazil minggu ini dalam jelajah konsertnya yang dijadualkan 17 November, 21 November di Montevideo dan 22 November di Buenos Aires, Argentina.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram