[VIDEO] Dua beranak maut, cucu 2 tahun parah trak pikap bertembung teksi


  • Benua
  • Selasa, 21 Nov 2023

Tangkap layar kejadian dua beranak tersepit di bawah trak pikap selepas dirempuh dalam kemalangan di Mexico baru-baru ini.

SATU kemalangan membabitkan dua buah kenderaan yang bertembung telah mengorbankan nyawa dua beranak di Miguel Barragán Street, La Minita, Mexico.

Rakaman kamera litar tertutup memaparkan suspek, Daniel Coronado memandu trak pikap jenis Chevrolet menuju ke arah jalan Miguel Barragan dalam kejadian pada 13 November.

Apabila trak pikap itu berada di persimpangan jalan, sebuah teksi merempuhnya sehingga trak terbabit berpusing dan hilang kawalan.

Disebabkan tidak sempat mengelak, seorang wanita yang membawa bersama anak perempuan dan cucunya dirempuh dengan kuat.

Rakaman menunjukkan wanita terbabit dan anak perempuannya tersepit di bawah trak yang merempuhnya.

Kejadian mengorbankan nyawa seorang wanita, María Guadalupe, 39 tahun dan anaknya, Perla Esmeralda, 20, manakala seorang kanak-kanak yang dipercayai cucu mangsa, Kimberly, 2 tahun terselamat dalam kejadian.

Berdasarkan laporan media, kanak-kanak yang masih berada di bawah umur itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa tempatan Mexico menahan Daniel Coronado, pemandu kenderaan terbabit berikutan kematian ibu dan anak perempuannya.

Pejabat Peguam Negara Mecxico dilaporkan akan memulakan siasatan berkaitan insiden itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram