SEORANG lelaki diragut ketika menunggang basikal di Jalan Kalimalang, Tambun Selatan, Kabupaten Bekasi, Indonesia pada Ahad.
Rakaman yang tular sejak Isnin menunjukkan mangsa membawa beg silang sambil menunggang basikal bersendirian di jalan raya.
Tiba-tiba, sebuah motosikal yang datang dari arah kanan menghampirinya dan meragut beg silang yang dibawa bersama mangsa ketika itu.
Tarikan beg yang kuat oleh suspek menyebabkan mangsa terjatuh dari basikalnya dan tercedera.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di tangan dan lutut.
Rakaman turut menunjukkan suspek berjaya melarikan diri dengan menggunakan motosikal tanpa nombor plat.
"Pakcik saya dirompak, kelam kabut nak pergi polis untuk laporkan tapi motosikal yang digunakan suspek tiada nombor plat. Nampak macam pakar, sebab itu nombor plat ditanggalkan," dakwa anak saudara mangsa, Darandara.
Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa Indonesia berhubung insiden itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram