
SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi bernasib baik apabila terselamat dalam kemalangan melibatkan sebuah trak dan kereta di persimpangan jalan berhampiran lampu isyarat di Amerika Syarikat baru-baru ini.
Menerusi video yang mula tular sejak Rabu, sebuah kereta putih yang dipandu dengan laju sebelum dirempuh sebuah trak yang datang dari arah tepi ketika itu.
Dalam pada itu, penunggang motosikal di jalan yang sama dilihat sempat mengelak sebelum berlalu pergi dengan pantas.
Too fast for death pic.twitter.com/eCxyzLsHTH
— Crazy Clips (@crazyclipsonly) November 14, 2023
Kejadian difahamkan berlaku berpunca daripada tindakan pemandu kereta yang memandu secara berbahaya dan melanggar lampu isyarat merah.
Pada masa sama, persimpangan yang mengelirukan juga dikatakan menjadi antara punca kejadian.
Impak daripada pelanggaran tersebut, kereta berkenaan dilihat berpusing sebelum terbabas ke tepi jalan berhampiran kawasan semak pada waktu itu.
Video dashcam itu turut memaparkan keadaan bumper trak yang tercabut dan tercampak ke bahu jalan akibat kemalangan itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan kereta tersebut kerana memandu melebihi had laju di persimpangan jalan.
"Kereta itu sangat laju yang akhirnya menyelematkan penunggang motosikal tersebut," komen @TheDarkXRises.
"Lampu isyarat masih merah," tulis @OnlembehKingB.
Bagaimanapun masa kemalangan masih tidak dapat dipastikan dan setakat berita ini ditulis, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram