SEORANG remaja ditahan polis selepas didakwa sengaja merempuh teman lelakinya menggunakan kereta dalam kejadian yang berlaku di Ouvidor, Goiás, Brazil, baru-baru ini.
Menurut laporan media Brazil, remaja berusia 18 tahun itu dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak puas hati apabila pasangannya memilih untuk keluar minum bersama-sama rakannya.
Insiden kejadian itu turut dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) yang pada awalnya menunjukkan mangsa bersama rakannya sedang minum di kaki lima sebuah kedai.
Kemudian kelihatan suspek memandu sebuah kereta dan merempuh mangsa.
Selepas pelanggaran, remaja perempuan itu keluar kenderaan dan dilihat seperti memarah teman lelakinya yang dipercayai terperosok di depan kereta.
Malah remaja itu turut melemparkan barang ke arah teman lelakinya sehingga situasi menjadi tegang.
Orang ramai yang berada di lokasi kejadian kemudiaannya masuk campur untuk mengelakkan tragedi yang tidak diingini dan suspek ditahan atas cubaan membunuh.
Bagaimanapun nasib teman lelakinya tidak dapat dipastikan sama ada mengalami cedera parah atau tidak. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram