KASIH sayang ibu sememangnya tiada tandingan dan begitu juga dengan seorang wanita yang bertindak pantas menyelamatkan bayinya ketika ribut melanda di St Helier, Jersey pada Khamis.
Menerusi video yang dikongsikan di Twitter (X) oleh @TheInsiderPaper, wanita yang bernama Jessica O'Reilly itu dilihat tersedar dan segera membawa lari anaknya yang masih tidur ketika itu.
Rakaman monitor itu turut menunjukkan ibu tersebut dikejutkan dengan bunyi tingkap rumahnya yang pecah akibat angin kuat akibat ribut yang berlaku.
Dalam pada itu, media antarabangsa melaporkan bahawa kedua-dua ibu dan bayi terbabit selamat dan kini telah dipindahkan ke sebuah hotel berdekatan.
Pada masa sama, ribut yang melanda dengan kelajuan 104 mph itu dikatakan telah mengakibatkan kerosakan bumbung serta tingkap rumah mangsa.
Sementara itu, lebih 8,500 buah rumah dilaporkan terputus bekalan elektrik di Cornwall pada pagi Khamis dan penduduk terpaksa mengosongkan rumah mereka dan berlindung di sebuah hotel. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram