[VIDEO] Kecoh penduduk rakam ular 'anaconda' terjerat tali lepas telan lembu


  • Benua
  • Sabtu, 21 Okt 2023

Tangkap layar seekor ular gergasi dilihat berada di sebuah kandang lembu dekat Desa Sukamandang, Daerah Seruyan Tengah, Daerah Seruyan, Kalimantan Tengah, Indonesia pada Jumaat.

PENDUDUK kampung digemparkan dengan kewujudan seekor ular bersaiz gergasi yang dilihat berada di Desa Sukamandang, Daerah Seruyan Tengah, Daerah Seruyan, Kalimantan Tengah, Indonesia pada Jumaat.

Dalam satu video berdurasi 30 saat yang tular di laman media, memaparkan haiwan itu seperti terjerat pada ikatan tali di sebuah kandang haiwan di kampung berkenaan.

Ia dipercayai berlaku selepas ular tersebut menelan seekor lembu di kawasan berkenaan yang nyata mengundang perhatian ramai.

Namun, menurut Polis Daerah Kalimantan Tengah, Seruyan Marjunjung, wakil penduduk di situ menjelaskan bahawa kejadian itu bukan berlaku di kampungnya.

Seruyan Marjunjung berkata, kejadian ular besar yang terjerat pada tali itu tidak berlaku di Kampung Sukamandang seperti yang diperkatakan.

"Sehingga kini belum pernah ada penduduk di sini yang pernah terlihat akan ular sebesar itu," jelasnya.

Belum ada sebarang tangkapan berjaya dilakukan setakat ini dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada walau di mana juga anda berada. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram