[VIDEO] Gelandangan terperangkap dalam longkang di Kajang masih bernyawa


  • Tular
  • Selasa, 03 Okt 2023

Tangkap layar menunjukkan detik anggota bomba yang menyelamatkan seorang gelandangan yang terperangkap dalam longkang berhampiran Plaza Metro Kajang pada Selasa.

SEORANG gelandangan dipercayai terperangkap di dalam longkang berhampiran Plaza Metro Kajang, Selangor pada Selasa.

Rakaman video yang berdurasi 27 saat itu mula tular di laman Facebook sejak Selasa.

Pada mulanya, seorang lelaki yang juga saksi kejadian menyangka gelandangan itu tidak lagi bernyawa sebelum menghubungi bomba.

Ketika diselamatkan, gelandangan itu dilaporkan masih hidup.

Rakaman menunjukkan detik-detik anggota bomba cuba menyelamatkan individu yang terperangkap dengan cara mengumpil longkang tersebut.

Beberapa saat kemudian, anggota bomba berjaya membuka penutup longkang itu dan menarik keluar gelandangan itu dari dalam longkang.

Rakaman turut menampakkan sosok gelandangan itu keluar daripada longkang dalam keadaan yang kotor dan lemah.

Masih belum ada kenyataan pihak bomba berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram