[VIDEO] Wanita terlibat kes rasuah sembunyi 9 jam atas siling di Makassar


  • Benua
  • Isnin, 25 Sep 2023

Tangkap layar video memaparkan suspek terlibat kes rasuah bersembunyi di atas siling rumah di Makassar, Indonesia.

PASUKAN Penyiasat Peguam Daerah Kota Makassar terpaksa menunggu selama sembilan jam untuk menahan seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes rasuah projek pembinaan bangunan Perpustakaan Makassar, Indonesia pada tahun 2021.

Ini kerana suspek yang bernama Ridhana itu ditemukan bersembunyi di atas siling rumah kekasihnya pada 21 September (Khamis).

“Suspek ditemui bersembunyi di atas siling rumah abang Alvin yang difahamkan bakal suami suspek,” kata Ketua Jabatan Peguam Daerah Makassar Andi Sundari.

Selain masalah 'menurunkan' suspek, kekasih Ridhana, Alvin turut melambatkan operasi penahanan apabila lelaki berkenaan mengupah beberapa samseng untuk menghalang pasukan penyiasat daripada menjalankan tugas mereka.

Ridhana yang merupakan suspek buruan disyaki terlibat dalam kes rasuah pembinaan bangunan Perpustakaan Kota Makassar, Sulawesi Selatan.

Sebelum ini, penyiasat Makassar telah mengesyaki tiga suspek dalam dakwaan kes rasuah projek pembinaan bangunan Perpustakaan Makassar yang terdiri daripada bekas Ketua Pelayanan Perpustakaan Kota Makassar serta Pegawai Pembuat Komitmen (PPK), Tenri A. Palallo; Pengarah CV Era Mustika Graha Mustakim sebagai pelaksana aktiviti dan Ridhana sebagai pihak syarikat CV.

Dalam pada itu, pasukan penyiasat Ketua Pendakwa Raya (Kejari) Makassar telah mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek kes tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram