Ketua mafia Itali meninggal dunia, hidap kanser kolon


  • Benua
  • Isnin, 25 Sep 2023

Matteo Messina Denaro diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun.

KETUA mafia Itali yang paling dikehendaki, Matteo Messina Denaro diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun, telah meninggal dunia di Rome, Itali, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan agensi berita Itali, Agenzia Nazionale Stampa Associata Soc. Coop (ANSA) pada Isnin.

Ketua mafia Cosa Nostra Sicily berusia 61 tahun itu menghidap kanser kolon dan dilaporkan dalam keadaan koma sejak Jumaat.

Pada awal Ogos, Mafioso menjalani pembedahan usus di Hospital San Salvatore di L'Aquila, Itali.

A handout photo shows Matteo Messina Denaro Italy's most wanted mafia boss after he was arrested in Palermo, Italy, January 16, 2023. Carabinieri/Handout via REUTERS

Gambar wajah Matteo Messina Denaro, ketua mafia Itali yang paling dikehendaki selepas ditangkap di Palermo, Itali.

Selepas pembedahan itu berjaya, kanser kolon pula menyebabkan kemerosotan kesihatannya, ANSA memetik sumber sebagai berkata.

Ketua mafia yang paling dikehendaki itu telah ditangkap oleh unit polis khas di sebuah klinik kanser di Palermo ketika sedang menjalani rawatan dengan nama palsu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kehadiran kerana peranannya dalam siri pembunuhan kejam dan pengeboman kereta di Itali.

Dia didapati bersalah atas kes pengeboman kereta 1992 yang membunuh pendakwa anti-Mafia Giovanni Falcone dan Paolo Borsellino. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram