SEBUAH kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) merempuh sebuah kenderaan lain di hadapan dan di belakangnya dalam kejadian dipercayai di Balikpapan, Indonesia pada Isnin.
Kejadian tular yang dimuat naik menerusi laman Instagram @ayodolan menunjukkan sebuah kereta berwarna kelabu secara tidak sengaja merempuh sebuah kenderaan dipercayai motosikal yang berada di hadapannya dengan kenderaan dua roda itu dikatakan menekan brek secara tiba-tiba.
Kejadian pelanggaran itu dikatakan mengakibatkan seorang anak kecil yang dipercayai menunggang motosikal itu bersama ibunya tersepit sehingga mencetuskan panik dalam kalangan orang awam yang berada di jalan raya itu.
Detik cemas itu mengundang kejadian lain selepas kereta berwarna kelabu itu melanggar dua orang wanita yang menaiki motosikal dan berada di belakangnya.
Ini selepas pemandu kereta berkenaan diarah mengundurkan kereta apabila dia terlebih dahulu dikatakan terlanggar budak tersebut dan ibunya.
Ketika berundur, pemandu itu mungkin secara tidak sengaja mengundur dengan laju hingga terlanggar motosikal yang berada di belakangnya.
Dua orang mangsa perempuan yang sedang menaiki motosikal itu terjatuh sebelum terpelanting di atas jalan raya yang sesak.
Pemilik kereta berwarna kelabu itu tidak menghentikan keretanya walaupun selepas menghentam dua buah kenderaan tetapi malah bergerak ke hadapan seperti cuba mencari ruang untuk lari yang menyebabkan orang awam mengepung keretanya.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa warganet turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemandu kereta kelabu itu.
"Dia fikir GTA," tulis @pipi_piorina
"Orang baru belajar kereta mungkin," kata @riorizky.st
"Kalau ibu saya yang dilanggar itu, saya pecahkan keretanya," tulis @mayar_amd — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram