[VIDEO] Penumpang wanita bahayakan diri berebut naik kereta api masih bergerak di Mumbai


  • Benua
  • Ahad, 17 Sep 2023

Tangkap layar video memaparkan keadaan penumpang wanita yang sedang berebut menaiki kereta api di Mumbai pada Sabtu.

TULAR sebuah video yang menunjukkan beberapa penumpang wanita berpusu-pusu untuk masuk ke dalam kereta api yang sedang bergerak di Mumbai, India pada Sabtu.

Video yang dikongsikan oleh @akshaykatariyaa di Twitter (X) itu meraih dua million tontonan serta mendapat pelbagai reaksi maklum balas terhadap situasi tersebut.

Melihat daripada keadaan yang berlaku di dalam video tersebut, pengangkutan awam itu menjadi sesak kerana dipenuhi oleh penumpang yang sama ada pergi atau pulang dari kerja pada waktu puncak.

Namun mereka dilihat tidak mempedulikan sama sekali soal keselamatan serta sanggup membahayakan nyawa sendiri dan orang sekeliling demi mendapatkan tempat duduk di dalam kereta api itu.

Keadaan yang dipaparkan dalam video itu juga sekali gus mencipta pendebatan dan perbincangan hebat sesama warga maya di aplikasi itu.

Rata-rata komen warga maya mengatakan bahawa ini merupakan sebahagian daripada semangat rakyat Mumbai yang cekal namun, masih juga ada yang tidak bersetuju dengan pandangan itu.

"Saya pernah dalam situasi tersebut dan ia masih tersemat dalam ingatan saya hingga sekarang," tulis salah seorang pengguna X.

Berikut antara komen maklum balas yang lain terhadap perkongsian video di aplikasi itu.

"Saya tak pernah ada keinginan untuk tinggal di Mumbai dan saya gembira di Uttarakhand.

"Salah satu sebab kenapa saya benci dan tinggalkan Mumbai," antara respon warganet lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegra