KEGIATAN seorang pemuda melakukan pencurian telefon pintar di Jakarta Barat, Indonesia terbongkar selepas perbuatannya itu dirakam oleh kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi.
Lebih mengejutkan, suspek dilihat nekad untuk menjalankan jenayah tersebut apabila memasuki kediaman mangsa yang terletak di tingkat dua bangunan dengan memanjat melalui tembok.
Perbuatannya itu yang beraksi seakan-akan watak adiwira, Spiderman pada awal pagi Khamis lalu turut terakam dalam video terbabit.
Suspek (kanan) bertindak mengambil telefon bimbit mangsa yang ketika itu sedang tidur.
Selepas berjaya naik ke atas, suspek dilihat mengambil telefon pintar dipercayai jenis iPhone yang diletakkan betul-betul di sebelah mangsa yang ketika itu sedang tidur.
Pemuda itu kemudiannya turun semula dan lari membawa barang curi itu dari lokasi kejadian.
Wajah pemuda tersebut turut terakam dengan jelas menerusi video terbabit. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram