[VIDEO] Lain macam taktik pencuri pakai 'smart' pukul 3 pagi curi sandal dekat flat di Hulu Langat


  • Tular
  • Rabu, 02 Ogos 2023

Tangkap layar video tular memaparkan perbuatan suspek yang mencuri sandal di sebuah pangsapuri dekat Taman Wawasan, Hulu Langat pada Rabu.

SATU kejadian mencuri kasut dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri dekat Taman Wawasan, Hulu Langat, Selangor pada Rabu dengan suspek dilihat menjalankan kegiatan tersebut sambil berpakaian segak meskipun pada awal pagi apabila mengenakan baju t-shirt lengan panjang berwarna maroon.

Insiden kira-kira pukul 3 pagi tadi itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di hadapan rumah terbabit.

Suspek yang turut memakai topi keledar berwarna merah juga didapati mengenakan seluar jeans panjang dan kasut berwarna putih ketika melakukan perbuatan tersebut.

Berdasarkan klip berkenaan, individu terbabit dilihat meninjau-ninjau di hadapan pagar unit kediaman tersebut sebelum mengambil sepasang sandal yang diletakkan di hadapan rumah itu sebelum beredar dari lokasi.

Difahamkan, pihak pengurusan pangsapuri sudah pun membuat laporan polis dengan suspek dipercayai masih belum berjaya diberkas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram