KEBAKARAN hutan Lahaina di Maiu, Hawaii yang bergerak dengan kelajuan 1 batu (1.6 kilometer) (km) seminit telah meragut mengakibatkan kehilangan nyawa dengan angka korban mencecah 100 setakat ini.
Gabenor Hawaii, Josh Green dalam satu kenyataan video berkata, apabila angin bertiup, pergerakan api yang merebak cepat mencecah 81 batu (130.3 km) sejam.
“Kami percaya api bergerak antara 60 batu (96.5 km) sejam dan 81 batu sejam merentasi bahagian pulau Maui, dan itu bermakna api bergerak dengan kelajuan 1.6 km setiap minit.
"Lebih daripada 2,700 bangunan di Lahaina musnah dan anggaran nilai kerugian sekarang mencecah $5.6 bilion (RM25.86 juta).
"Ramai yang masih menderita dan kami terus berusaha untuk mencari mereka," katanya.
Kebakaran Hawaii Tewaskan 89 Orang, Terparah dalam 100 Tahun
Hawaii tengah mengalami kekeringan sehingga api bisa lebih mudah meluas ke area lain. Kondisi ini kian parah karena muncul Topan Dora dan tingkat kelembaban yang rendah. pic.twitter.com/9FcKA15tV4
— Miss Tweet (@Heraloebss) August 14, 2023
Tambahnya lagi, kerja-kerja untuk menempatkan penduduk Lahaina yang dipindahkan ke penempatan sementara sedang dipertingkatkan, dengan lebih 500 bilik hotel diperoleh melalui subsidi kerajaan.
“Sebilangan mangsa sudah ditempatkan di hotel pada Ahad dan akan dipindahkan secara berperingkat,” ujar Green.
Menurutnya, rumah-rumah sewa juga akan digunakan untuk membantu mangsa yang dipindahkan bagi mencari rumah sementara.
“Airbnb akan menawarkan kami beratus-ratus penyewaan jangka pendek biasanya dalam kapasiti jangka panjang, jadi kami boleh meletakkan orang ramai di tempat itu selama berbulan-bulan,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Maui, John Pelletier berkata, mayat yang ditemukan adalah daripada api yang mencairkan logam.
"Apabila kami mengangkat mayat... ia akan hancur. Ia menyukarkan pengecaman," katanya.
Sehubungan itu, Pelletier merayu mereka yang kehilangan saudara mara untuk memberikan sampel DNA bagi mempercepatkan proses pengecaman.
Katanya, anjing pengesan masih mempunyai kawasan yang luas untuk mencari mangsa yang tidak dapat dikesan.
"Kami sedang melakukannya secepat mungkin. Tetapi untuk pengetahuan anda, hanya tiga peratus yang dicari dengan anjing-anjing itu," katanya.
Terdahulu, pihak berkuasa Maui telah mengeluarkan kemas kini mengenai keadaan kebakaran hutan di Maui, yang paling tragis pernah berlaku di Amerika Syarikat dalam tempoh lebih 100 tahun.
Kebakaran itu berpunca daripada kebakaran besar hutan akibat angin Taufan Dora sehingga menyaksikan pengisytiharan darurat di Hawaii. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram