[VIDEO] YB dirakam khusyuk main judi online masa sidang wakil rakyat


  • Benua
  • Jumaat, 21 Jul 2023

Rakaman seorang ahli wakil rakyat DPRD DKI Jakarta 'kantoi' dirakam kamera secara langsung sedang bermain judi secara dalam talian ketika sidang wakil rakyat baru-baru ini.

SEORANG ahli wakil rakyat DPRD DKI Jakarta 'kantoi' dirakam kamera secara langsung sedang bermain judi secara dalam talian baru-baru ini.

Lebih mengejutkan lagi, ahli politik berkenaan kelihatan khusyuk bermain slot judi online berkenaan ketika berada dalam dewan sidang wakil rakyat sedang berlangsung.

Aksinya itu dirakam ketika pihak media sedang membuat liputan sidang berkenaan.

Ketika ditemu bual wartawan, wanita berkenaan mengaku bermain permainan dalam talian pada ketika itu.

"Nak menunggu sidang rakyat untuk bermula tadi kan lama. Saya bosan dan terus main permainan online bersama rakan," katanya.

Namun, dia menafikan bermain judi online pada waktu itu.

"Bukan judi online tetapi Candy Crush. Saya letak tablet meja ketika menunggu masa untuk bersidang.

"Tadi bosan tunggu lama. Kalau ikutkan bermula pukul 1 petang tetapi pukul 3 petang baru bersidang," katanya.

Memetik laporan media antarabangsa, Tribun Jambi, rakaman itu diambil ketika berlaku gangguan teknikal melibatkan sistem audio dalam dewan sekali gus menyebabkan sidang tersebut terhenti seketika.

Pada momen itulah, wakil rakyat tersebut dilihat bermain permainan judi online tersebut menggunakan peranti pintar tablet miliknya yang diletakkan di atas meja. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram