[VIDEO] 'Plot twist terbaharu', bukan ahli politik yang perkosa anak kandung sampai lunyai dikerjakan, sebaliknya lelaki misteri


  • Benua
  • Khamis, 20 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan suspek dipukul orang awam hingga berlumuran darah di kepalanya di Lombok Barat.

KISAH ahli politik Indonesia yang dibelasah orang kampung setelah didakwa merogol anak perempuannya memasuki episod baharu selepas mangsa menafikan perkara tersebut.

Memetik laporan media antarangsa Tribun-Sulbar.com, pada kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, ahli politik terbabit, Sahnan nyaris maut dipukul orang ramai selepas ada pihak menyebarkan fitnah tersebut.

Sahnan pada mulanya difitnah merogol dua orang anak perempuannya sehingga mengandung, sekali gus menyebabkan dia dipukul orang kampung.

Namun, semuanya terbongkar selepas peguam mangsa, Moh Tohri Azhari menceritakan hal sebenar.

Menurut Moh Tori, anak Sahnan dibawa ke sebuah rumah di kawasan Sekotong, Lombok Barat untuk disoal siasat dan menceritakan perkara yang terjadi.

"Remaja berkenaan turut dibawa membuat laporan ke balai polis dan berlaku salah faham daripada aduan tersebut," katanya.

Mangsa kemudiannya menceritakan hal sebenar dan menafikan ayahnya membuat perbuatan terkutuk tersebut.

"Ayah saya difitnah oleh pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan dalam keadaan tersebut," katanya.

Sementara itu, pihak hospital mengesahkan ada kesan koyakan pada alat sulit anak perempuan remaja tersebut namun dia menafikan itu perbuatan bapanya.

Namun, identiti sebenar perogol masih dalam siasatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram