IKHTIAR untuk menyembuhkan penyakit mental yang dihidapi oleh tujuh individu bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka tergelincir dan lemas ketika mandi di Tasik Kuari, Bogor, Indonesia pada Khamis minggu lalu.
Difahamkan, kesemua mangsa ketika itu sedang menjalani ritual perubatan alternatif bagi menyembuhkan penyakit yang dialami mereka.
Menurut laporan portal berita tempatan, salah seorang yang dikenali sebagai David ketika kejadian tergelincir ke tengah tasik sedalam 10 meter dan dua orang lelaki mencuba untuk menyelamatkannya turut lemas ketika cuma berbuat demikian.
Ketiga-tiga mayat mangsa berumur dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun ditemui oleh petugas pada Jumaat dan disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa berkata, mangsa mendapatkan rawatan alternatif di lokasi berkenaan kerana ingin mahu sembuh dari penyakit mentalnya.
Katanya, mangsa dirawat oleh seorang ustaz dengan cara menenggelamkan mangsa sebanyak tujuh kali di dalam tasik berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Cigudeg, Kompol Wagiman berkata, pihaknya sedang menyiasat kesemua saksi termasuk ustaz terbabit untuk mengenal pasti jika terdapat unsur kecuaian semasa insiden berkenaan berlaku. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram