[VIDEO] Tak cukup peluru, tentera Rusia tanam anggota sendiri ketika perangi Ukraine


  • Benua
  • Sabtu, 15 Jul 2023

Tangkap layar sekumpulan tentera penjajah Rusia yang dilapor terkandas di satu tempat dekat Zaporizhzhia, Ukraine.

AKIBAT kekurangan senjata dan peluru, tentera Rusia dilaporkan telah mengebumikan beberapa anggota askar yang terkorban di Zaporizhzhia, Ukraine pada Jumaat.

Komander platun mereka mendakwa bahawa, Kementerian Pertahanan Rusia harus dipersalahkan atas kematian tersebut kerana tidak memberikan mereka peluru dan memaksa mereka menyerbu Angkatan Tentera Ukraine.

Menurutnya, mereka telah bersedia untuk melakukan serangan terhadap wilayah di Ukraine namun terpaksa kekal di satu tempat untuk tempoh masa yang lama kerana tiada pihak yang memberikan mereka koordinat sasaran.

Mangsa yang diletakkan dalam sebuah kereta dibakar sehingga mati dan salah seorang daripada si pelaku yang mabuk, turut mengkritik kepimpinan tertinggi negaranya sambil menuntut lebih banyak peluru dan peralatan ketenteraan diberikan.

Difahamkan, mereka hanya memiliki dua senjata senapang yang mampu menewaskan kira-kira 22 orang musuh.

Sementara itu, salah seorang daripada lelaki itu menjelaskan, kepimpinan tertinggi tentera Ukraine telah melarang mereka untuk menerima sebarang butir peluru. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram