POLIS mendedahkan suspek yang mengerat dan merebus bahagian tubuh badan kekasihnya di Mumbai, India bertindak mengambil gambar mangsa selepas melakukan pembunuhan kejam itu.
Salah seorang adik perempuan mangsa, Saraswati Vaidya tidak dapat menahan kesedihannya selepas gambar rambut panjang kakaknya yang disimpan dan dipotong tertuduh oleh tertuduh di atas dapur rumah didedahkan kepadanya oleh pihak berkuasa.
Polis sebelum itu mengambil keterangan daripada tiga orang adik beradik Saraswati, 34, bagi membantu siasatan terhadap pembunuhan yang berlaku di pangsapuri suspek.
Agensi berita ANI melaporkan, ahli keluarga mangsa sangat marah terhadap tertuduh dan berharap agar hukuman paling berat dikenakan kepada pelaku pembunuhan kejam itu, Manoj Sane, 56.

Mangsa, Saraswati Vaidya. — Agensi
Selepas membunuh Saraswati pada 4 Jun lalu, Manoj membeli gergaji kayu elektrik dari kedai perkakasan tempatan, yang digunakannya untuk memotong bahagian badan mangsa.
Bagaimanapun, rantai mesin gergaji itu tertanggal semasa digunakan untuk kegiatan berkenaan dan membawanya untuk dibaiki di kedai yang sama dari tempat dia membelinya.
Pada masa sama, Manoj membuat carian di Google untuk mengumpulkan maklumat mengenai cara mengelakkan bau busuk daripada mayat mangsa dan bertindak membeli lima botol minyak kayu putih di kedai berdekatan.
Suspek turut memasukkan cebisan badan mangsa ke dalam beg plastik untuk dilupuskan.

Lokasi pembunuhan kejam itu yang berlaku di sebuah pangsapuri di Mumbai, India.
Sebelum ini, semasa disoal siasat, Manoj mendakwa Saraswati yang dibesarkan di rumah anak yatim, membunuh diri dengan memakan racun.
Menurut suspek, perbuatan kejam itu dilakukan kerana dia bimbang didakwa bersubahat dalam perlakuan membunuh diri itu dan menyebabkan dia cuba membuang mayat Saraswati dengan memotong mayat wanita itu.
#WATCH | Maharashtra | 32-year-old woman killed by 56-year-old live-in partner | As per Police, the accused Manoj Sahni killed Saraswati Vaidya 3-4 days back and after that, he purchased a tree-cutter to chop her into pieces. Police say that the accused boiled pieces of her body... pic.twitter.com/ilFUfWVOLY
— ANI (@ANI) June 8, 2023
Polis berkata, Manoj merebus cebisan badan pasangannya untuk menghilangkan bau busuk dan memasukkannya ke dalam beg plastik untuk dilupuskan.
Kedua-dua pasangan itu dilaporkan berkawan rapat sejak 2014 danmula tinggal bersama pada 2016. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
