[VIDEO] Jemaah masjid terkejut, remaja berbaju putih tiba-tiba jatuh di saf depan


  • Benua
  • Isnin, 15 Mei 2023

Tangkap layar insiden seorang remaja yang mengejutkan jemaah sebuah masjid di Banjarmasin, Indonesia apabila secara tiba-tiba jatuh di ruangan solat rumah ibadah tersebut.

JEMAAH di Masjid Istiqomah Kelayan B, Banjarmasin, Indonesia dikejutkan dengan insiden pelik apabila seorang pemuda secara tiba-tiba terjatuh dari tingkat atas di tengah-tengah ruang solat rumah ibadat tersebut.

Rakaman aksi remaja itu tular di sosial media selepas ia dimuat naik ke akaun Instagram @terang_media, pada Sabtu.

Dalam klip tersebut, remaja terbabit yang memakai baju putih dan berseluar jeans itu tiba-tiba terjatuh di saf hadapan, betul-betul di belakang sejadah imam masjid itu.

Insiden itu ternyata mengejutkan beberapa jemaah yang ketika kejadian berada di saf hadapan masjid berkenaan.

Malah, seorang lelaki yang sedang solat di saf paling hadapan terganggu dengan insiden berkenaan.

Bagaimanapun, tanpa mengeluarkan sebarang penjelasan, pemuda yang terjun dari tingkat atas itu dilihat segera keluar dari masjid dalam keadaan terhincut-hincut dipercayai akibat mengalami kesakitan di kaki.

Jemaah yang berada di lokasi kejadian dilihat kebingungan dan hanya mampu terdiam sambil memerhatikan pemuda tersebut keluar dari ruang ibadah tersebut.

Remaja itu disyaki terjatuh melalui lubang yang di aras atas masjid berkenaan.

Difahamkan, perkara yang membuat insiden tersebut menjadi aneh kerana bahagian lubang tersebut sudah dipasang pagar bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram