[VIDEO] Pecah tradisi pakai jersi, kumpulan wanita bersari pamer skil dan semangat ketika main bola


  • Benua
  • Ahad, 02 Apr 2023

Tangkap layar video sekumpulan wanita bermain bola sepak dengan memakai sari. — Agensi

UMUMNYA, orang ramai tidak mengira lelaki mahupun wanita past akan memakai lengkap set jersi ketika bermain bola sepak.

Namun, aksi kaum Hawa di India yang mengenakan sari ketika beraksi dalam sebuah perlawanan bola sepak memecahkan stereotaip berkenaan.

Dalam perlawanan bola sepak yang berlangsung di sebuah stadium di Gwalior, dekat Madhya Pradesh itu, sekumpulan wanita bersari menyertai acara tersebut kelihatan gembira dan bersemangat.

Perlawanan tersebut turut tular di media sosial dan rata-rata orang awam yang melihat perlawanan tersebut memuji aksi mereka bermain bola sepak memakai baju tradisional.

Meskipun ada yang menganggap mereka sukar melakukan pergerakan, kedua-dua pasukan wanita itu dilihat tetap bersemangat mempamerkan skil dan menendang bola.

Ini seterusnya memberi keterujaan kepada para penonton menerusi sorakan meriah.

Perlawanan itu merupakan sebahagian daripada kejohanan bola sepak dua hari yang dinamakan ‘Goal in Saree’, yang diadakan pada minggu lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram