MEDIA sosial di Indonesia digemparkan dengan imej awan berbentuk seperti watak mistik dalam kepercayaan masyarakat Jawa di atas Gunung Merapi.
Ia selepas tular satu video pada Ahad memaparkan awan hitam dengan bentuk menyerupai watak wayang Jawa, dipanggil 'Mbah Petruk' yang memiliki ciri hidung panjang dan tersendiri
Kemunculan Mbah Petruk sering dikaitkan dengan misteri Gunung Merapi yang terletak di Yogyakarta, Indonesia itu terutamanya melibatkan kejadian letusan gunung tersebut.
Bagi masyarakat sekitar Gunung Merapi khususnya di desa Selo, Kabupaten Boyolali, Jawa Tengah, Mbak Petruk merupakan sosok ghaib dalam kepercayaan mereka.
'Mbah Petruk' merupakan watak terdapat dalam wayang Jawa yang memiliki ciri hidung panjang dan tersendiri. — Agensi
Ini berbeza dengan Mbah Marijan, iaitu individu yang diberi tugasan sebagai penjaga 'kunci' Gunung Merapi yang pernah popular ketika gunung tersebut mengeluarkan letusan pada tahun 2006.
Mengikut kepercayaan masyarakat Jawa, Mbah Petruk dipercayai sering muncul dalam bentuk awan akibat letusan yang berlaku di Gunung Merapi sebagai mesej untuk menyedarkan orang ramai.
Pada tahun 2010, imej awan dalam bentuk Mbah Petruk turut menjadi tular apabila Gunung Merapi meletus.
Silahkan berimajinasi, Asap di Merapi pagi ini pic.twitter.com/xszvTei42k
— Merapi Uncover (@merapi_uncover) March 12, 2023
Ketika itu, kedatangan Mbah Petruk dipercayai bagi membawa perlindungan.
Dalam pada itu, Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) memaklumkan setakat Isnin, gunung tersebut mengeluarkan awan panas sebanyak enam kali.
Arahan juga dikeluarkan kepada pihak berkuasa di wilayah Sleman, Magelang, Boyolali, dan Klaten supaya membuat persediaan menghadapi ancaman letusan Gunung Merapi itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram