Seni syurga rupanya dari neraka, penduduk Turkiye berang tertipu pangsapuri tidak kalis gempa


  • Benua
  • Ahad, 19 Feb 2023

Ronesans Rezidans runtuh semasa gempa bumi yang menyaksikan beratus-ratus penghuni kejiranan itu terbunuh. — Agensi

SISA runtuhan sebuah pangsapuri di selatan Turkiye yang digembar-gemburkan sebagai ‘kalis gempa bumi’ menjadi sasaran kemarahan orang ramai, lapor Wion News baru-baru ini.

Ketika pembukaannya beberapa dekad lalu, pangsapuri Ronesans Rezidans itu diiklankan sebagai ‘seni syurga’ dan didakwa kalis gempa bumi.

Bagaimanapun, apartmen Ronesans Rezidans runtuh semasa gempa bumi lebih seminggu lalu yang menyaksikan beratus-ratus penghuni kejiranan itu terbunuh.

Mereka yang terselamat berdiri di tepi timbunan konkrit blok pangsapuri 249 kejiranan itu sambil menunggu berita orang tersayang, namun harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup kini pudar.

Ronesans Rezidans itu diiklankan sebagai ‘serpihan syurga’ dan didakwa kalis gempa bumi. — Agensi

“Saudara lelaki saya tinggal di sini selama 10 tahun, bangunan ini dikatakan selamat gempa bumi tetapi anda boleh lihat hasilnya.

“Ia diperkenalkan sebagai kediaman tercantik di dunia. Kini ia dalam keadaan mengerikan, tiada simen mahupun besi yang elok di dalamnya. Ia ibarat neraka, ” kata tukang emas berusia 47 tahun, Hamza Alpaslan.

Gempa bumi kuat di Turkiye mengorbankan lebih 43,000 orang dan menyebabkan berjuta-juta mangsa kehilangan tempat tinggal.

Rakyat Turkiye meluahkan rasa marah terhadap apa yang mereka lihat sebagai amalan pembinaan yang korup dan pembangunan bandar yang cacat.

Kementerian Perbandaran Turkiye menganggarkan kira-kira 84,700 bangunan runtuh atau rosak teruk akibat gempa bumi.

Atsu

Christian Atsu yang bermain untuk pasukan tempatan Hatayspor juga dipercayai tinggal di kompleks itu. Agensi

Walaupun Ronesans Rezidans yang diterjemahkan sebagai ‘kediaman Renaissance’ runtuh, beberapa bangunan lama berhampiran blok apartmen itu masih teguh.

Kehilangan pemain bola sepak antarabangsa Ghana, Christian Atsu yang bermain untuk pasukan tempatan Hatayspor juga dipercayai tinggal di kompleks itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram