Dua pelancong wanita berpakaian tidak sopan tersilap masuk Masjid Nabawi


  • Benua
  • Jumaat, 10 Feb 2023

Dua pelancong wanita bukan Islam memasuki pekarangan Masjid Nabawi di Madinah pada Selasa lalu. — Agensi

KEHADIRAN dua wanita bukan Islam dengan berpakaian tidak sopan di perkarangan Masjid Nabawi pada Selasa lalu merupakan kes terpencil dan berlaku secara tidak sengaja, kata Hal Ehwal Masjid Nabawi di Madinah.

Menurut laporan Saudi Gazette pada Khamis, penjelasan agensi itu dibuat sebagai respons terhadap maklum balas orang ramai berhubung kejadian itu yang tersebar di media sosial .

“Wanita-wanita tersebut diberitahu tentang keistimewaan dan kesucian Masjid Nabawi. Mereka menyatakan terima kasih dan penghargaan atas layanan baik yang telah diterima,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Agensi tersebut juga menekankan keperluan untuk meningkatkan lagi cara dan prosedur kesedaran dan bimbingan, memberi tumpuan kepada kesucian serta keistimewaan tempat suci berkenaan untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang pada masa hadapan.

Dalam pada itu, menurut portal ALBawaba, satu klip video menunjukkan kehadiran dua pelancong wanita di pekarangan Masjid Al-Nabawi tanpa memakai abaya atau tudung sekali gus menimbulkan kemarahan pengguna laman sosial di Arab Saudi.

Video itu menunjukkan dua pelancong wanita tersebut dihalang oleh seorang anggota keselamatan kerana pakaian dipakai mereka melanggar peraturan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram