Pura-pura jadi pelanggan, lelaki tembak tauke kedai jajan


  • Benua
  • Isnin, 16 Jan 2023

Tangkap layar rakaman kejadian tembakan di Cascavel, Brazil. — Agensi

SEORANG lelaki menyamar sebagai pelanggan sebelum membunuh pemilik kedai snek dalam kejadian pada 10 Januari lalu.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang didedahkan kepada media menunjukkan seorang lelaki berpura-pura menjadi pelanggan sebelum masuk ke kedai dan menembak mangsa.

Dalam kejadian pada siang hari itu, suspek dilihat memakai baju-T berwarna kelabu, seluar jeans dan mengenakan topi.

Sebaik melepaskan tembakan pada jarak dekat, suspek berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian.

Insiden itu berlaku di Rua Flamboyant, Bairro Alto Alegre, di Cascavel, Brazil.

tembak 1

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. — Agensi

Pegawai penyiasat, Marianna Vieira berkata, suspek dan mangsa, Clovis Luciano Lira, 34, tidak mengenali antara satu sama lain.

Polis mengeluarkan video tersebut kepada media supaya pembunuh Lira dapat dikesan.

"Motif pembunuhan juga masih dalam siasatan," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram